AKTIVITI PANITIA SEPANJANG 2010

1. Kem Remaja Iktibar Kehidupan (Kursus Peningkatan Sahsiah) 27 dan 28 November 2010

Program ini berlansung selama 2 hari satu malam bertempat di Asrama dan Surau SMKBR. Kursus ini dilaksanakan dengan kerjasama Nur Insani Training Center. Pelajar terlibat seramai 75 orang. Program mencetuskan keinsafan dan motivasi pelajar dalam menjalani kehidupan.

















2. MAJLIS SOLAT HAJAT SPM DAN PMR (24-09-2010)

Majlis solat hajat malam ini sungguh istimewa kerana julung2 kali diadakan di dataran perhimpunan. Perkara kedua ialah kehadiran ibubapa yang begitu ramai. Yang Ketiganya untuk jamuannya yang dimasak sendiri secara gotong-royong oleh guru-guru yang mempunyai dedikasi yang tinggi. Yang keempat, hujan renyai-renyai yang turun tidak menggentarkan jemaah untuk meninggalkan solat hajat berjemaah. Yang kelimanya, doa imam supaya dijauhkan hujan dan dipindahkan ketempat lain dimakbulkan Allah..




                                                                                                                                                                                                        

                                                                                                    


Daripada suasana yang saya bayangkan di atas seolah-olah memberi gambaran yang baik untuk pencapaian PMR dan SPM pelajar SMKBR tahun ini, Wallahua'lam..

Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis. Termasuklah Imam, PIBG, Urusetia, AJK, Para Pentadbir, guru-guru dan ibubapa serta pelajar..


3. KURSUS IBADAT HAJI 2010 (29/04/2010)

Dijalankan dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji. Pelajar didedahkan dengan teori dan praktikal. Dijalankan sekitar surau dan kuarters guru (ibadat saidan melontar).
















4. SOLAT JENAZAH (24/04/2010)

Terima Kasih Diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan kursus pengurusan jenazah ini. Kursus ini dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pelajar lelaki bertempat di Dewan Mini SMKBR dan pelajar perempuan di Surau SMKBR. Terima kasih kepada Ustaz Rosly dan Ustazah Azimah daripada KAGAT Kem Terendak yang memimpin kursus ini.