PMR



45/1
Pendidikan
Islam
Oktober
2010
2 jam              
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010
PENDIDIKAN ISLAM
Dua jam

---------------------------------------------------------------------------
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1.Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B
2.Jawab satu soalan daripada Bahagian A dan semua soalan daripada Bahagian B.
   Kesemua lima soalan mesti dijawab.
3.Soalan hendaklah dijawab pada kertas yang disediakan.


Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak.
 2001 Hak Cipta Kerajaan Malaysia.     
     [ lihat sebelah
                                                                                     SULIT

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Kepada pelajar yang akan menghadapi PMR dan SPM. Bolehlah memanfaatkan link dibawah untuk membuat latihan subjek pendidikan Islam. Saya doakan anda semua berjaya menjawab dengan cemerlang. Insyaallah koleksi ini akan ditambah dari masa ke masa.Wassalaam.

PERCUBAAN PMR 2010

Terengganu

Pahang 

Perlis

Melaka

Kedah

Lain-lain link:

1. http://koleksisoalan.blogspot.com/
2. http://banksoalanspm.blogspot.com/



Panduan strategi & teknik menjawab soalan PMR Pendidikan Islam :

* Baca dan faham kehendak soalan.

* Tidak perlu menjawab dalam bentuk esei.

* Jawab dalam bentuk “point”/ isi

* Tulisan kemas dan boleh dibaca.

* Jawab semua soalan yang ditanya.

* Setiap jawaban perlu kepada “Kepala jawaban”.

* Soalan perbandingan @ perbezaan – buat jadual perbandingan atau apa cara yang boleh menampakkan perbezaan.

* Jawaban untuk soalan hukum dan alasan :(Gunakan istilah berikut sahaja untuk menjawab hukum sprt: wajib, Sunat, Haram, Makruh, Harus,Sah dan Batal atau Tidak Sah.)

* Soalan istilah – hanya perlu kemukakan istilah yang tepat sahaja.

* Berikan jawaban lebih dari kehendak soalan. Jika soalan minta dua isi,beri 3 @ 4 isi.

* Hafaz ayat kunci jawaban yang sama

* Ketahui kehendak dan bentuk soalan serta gariskan elemen-elemen penting.

* Soalan berbentuk – Jelaskan / Terangkan, perlu kepada penerangan jawapan.


Bentuk soalan:

1.Terdapat lima ( 5 ) soalan wajib dijawab semuanya.Kesemuanya ada 6 soalan.

2.Setiap soalan terdapat pecahan soalan seperti : a), (b), (c), (d).

3.Setiap pecahan soalan terdapat anak soalan seperti : ( i ), ( ii ), ( iii ).

4.Setiap soalan utama mengandungi 20 markah.

5.Setiap hujung soalan terdapat markah kecil mengikut kehendak soalan.

6.Keseluruhan markah 100 %.

7.Masa yang diperuntukan selama 2 jam(120 min)

8.Soalan dicetak di dalam dua versi iaitu rumi dan jawi.

9.Calon dibenarkan menjawab samada dalam tulisan rumi atau jawi.

10.Jawab semua soalan

11.60 % soalan berbentuk KBSB


SOALAN PERTAMA : Kefahaman Al-Quran(10m)
Al-Hadith (6M)
Menjawikan (4m) J=20m

SOALAN KEDUA : Kefahaman Al-Quran (10m)
Al-Hadith (6m)
Menjawikan (4m) J=20m

SOALAN KETIGA : Aqidah (20m)

SOALAN KEEMPAT : Ibadat (16m)
Hukum(4m) J=20m

SOALAN KELIMA : Sirah Nabawi (6-8m)
Tokoh (6-8m)
Ayat Hafazan (6m) J=20m

SOALAN KEENAM : Akhlak (20m)

Pelajar-pelajar bolehlah menggunakan contoh-contoh dibawah sebagai ayat-ayat kunci jawaban:

SEKIRANYA SOALAN BERKAITAN DENGAN KESAN/AKIBAT POSITIF
BOLEHLAH GUNA KUNCI DIBAWAH :(Pelajar dinasihatkan hafal)

* Umat Islam bertambah kuat dan disegani.
* Negara menjadi maju dan dapat berdaya saing.
* Mengukuhkan hubungan silaturrahim agar hidup diredhai oleh Allah
* Ditambahkan nikmat dan rezeki oleh Allah.
* Suasana keluarga /masyarakat /negara menjadi aman dan tenteram.
* Disukai oleh masyarakat.
* Taraf hidup semakin meningkat.

KESAN/ AKIBAT : NEGATIF

*Berlaku permusuhan/pergaduhan menyebabkan keluarga/masyarakat kucar-kacir.

* Memutuskan silatulrahim. Umat Islam mundur.

Hina maruah diri / keluarga / agama.

Negara tidak akan maju.

Akan mendapat azab dari Allah.

Dibenci oleh Allah.

Dibenci oleh masyarakat.

SEBAB BERLAKU/PUNCA(POSITIF):

Pengetahuan agama yang tinggi dan mendalam.

Pengaruh luar yang positif.

Dapat mengawal hawa nafsu.

Iman yang kukuh.

Sering melakukan amal ibadah.

Memperbanyakkan doa kepada Allah.

Sering bertaubat di atas dosa yang dilakukan.

Mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan kemungkaran

Sentiasa mengamalkan akhlak mulia.


SEBAB BERLAKU/PUNCA (NEGATIF):

Kurang didikan agama.

Tipis iman.

Pengaruh luar yang negatif.

Faktor kemiskinan.

Pengaruh hawa nafsu.

Sering melakukan maksiat.

Tidak melakukan amal ibadah.

Meninggalkan solat fardhu.

Berakhlak buruk.

Tidak ingat/Tidak takut kepada Allah.


FAKTOR / LANGKAH MENGATASI :

Memberikan didikan agama.

Memperbanyakkan amal ibadah.

Memperbanyakkan amal kebajikan dan kebaikan.

Memberi nasihat dan kesedaran.

Menguatkuasakan undang-undang Islam.

Mengawal hawa nafsu.

Mengawal pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Mengawal pergaulan dengan rakan-rakan.

Meningkatkan taraf hidup.

Menambahkan ilmu pengetahuan yang berguna.

Mewujudkan masyarakat harmonis dan bertoleransi

HIKMAT KEIMANAN KEPADA DIRI :

Mendapat kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Bertambah ketaatan, keimanan & ketakwaan kepada Allah.

Terdorong melakukan kebaikan & menjauhi kemungkaran.

Memperolehi ketenangan hidup.

Sentiasa melakukan amal ibadah.

Sentiasa berakhlak mulia.

BAHAGIAN B–Sirah( SOALAN 5)

Soalan ini dipecahkan kepada dua sub topik utama:

(a)Sirah rasulullah s.a.w - Konsep rasul


- Perjuangan nabi

- Faktor kejayaan dakwah baginda

- Hijrah dan pembukaan Mekah

(b)Tokoh-tokoh Islam:

- Saidatina Khadijah (2002)Fatimah(06)

- Abu Bakar (1995),Abd.Rahman(05)

- Bilal b Rabah

- Sumaiyyah (2001)

- Umar al-Khattab(1994,02)

- Uthman(1998/03) Khalid Al-Walid(07)

- Ali Abi Talib(96,08)


Sirah dan Tamadun Islam:

Faktor-faktor kejayaan/kaedah dakwah/fokus perjuangan Nabi Muhammad.

Bukti keunggulan peribadi baginda

Kandungan perjanjian/kesannya dan hikmah

Nilai-nilai akhlak dan kesannya

Pengajaran peristiwa/hijrah Nabi


Tokoh-tokoh Islam:


Ciri-ciri keistimewaan

Sifat yang boleh dicontohi

Gelaran tokoh/riwayat hidup

Bukti/hujah

Maklumat yang tepat dan jasa sumbangan

CONTOH SOALAN:
NYATAKAN SIFAT PERIBADI (NAMA TOKOH) YANG DAPAT DICONTOHI OLEH PELAJAR

Kemukakan semua sifat-sifat yang mulia ( mahmudah ) contohnya :

* Alim, kuat beribadah, warak, zuhud.

* Seorang yang dinamis, berdikari dan dedikasi dalam mencapai kejayaan.

* Tabah, sabar, cekal dan semangat waja.

* Tekun dan bersungguh-sungguh dalam melakukan tugas.

* Amanah, jujur dan bertanggungjawab.

* Baik hati, pemurah dan dermawan membantu golongan susah.

* Memiliki semangat jihad yang tinggi.