PAFA

SOALAN-SOALAN BERKAITAN PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA)
PAFA 01
MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT
1.       Sebutkan dua kalimah syahadat dengan sempurna.
2.       Berikan erti dua kalimah syahadat.
PAFA 02
RUKUN ISLAM
1.       Sebutkan rukun Islam satu persatu
2.       Huraikan rukun Islam:
-         Mengucap dua kalimah syahadat
-         Solat lima waktu
-         Mengeluarkan zakat
-         Berpuasa pada bulan Ramadhan
-         Menunaikan haji
3.       Terangkan kepentingan rukun Islam kepada orang Muslim.
PAFA 03
RUKUN IMAN
1.       Sebutkan rukun iman satu persatu.
2.       Bagaimanakah anda beriman kepada Allah?
3.       Jelaskan bagaimana anda beriman kepada:
-         Malaikat
-         Kitab
-         Rasul
-         Hari Kiamat
-         Qadak dan Qadar
4.       Apakah perkara-perkara yang boleh membawa kepada kerosakan iman?
PAFA 04
BERISTINJAK
1.        Terangkan bagaimana cara beristinjak menggunakan air.
2.        Terangkan bagaimana cara beristinjak menggunakan batu.
PAFA 05
MEMBERSIHKAN DIRI, PAKAIAN, DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS
1.        Sehelai kain terkena najis mukhaffafah. Tunjukan dan terangkan cara mencuci kain tersebut.
2.        Kaki anda terkena najis mutawasittah. Tunjuk dan terangkan cara mencuci kaki anda.
3.        Di lantai, terdapat najis mughallazah. Tunjuk dan terangkan cara mencucinya.
PAFA 06
BERWUDUK
1.        Tunjukan cara berwuduk dengan betul dan sempurna.
PAFA 07
TAYAMUM
1.        Tunjukan cara bertayamum dengan betul dan sempurna.
PAFA 08
MANDI WAJIB
1.        Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi.
2.        Terangkan cara mandi wajib dengan betul dan sempurna.
PAFA 09
AZAN DAN IQAMAT
1.        Anda (murid lelaki) dikehendaki melafazkan azan dengan betul dan sempurna.
2.        Anda (murid perempuan) dikehendaki menerangkan cara melaksanakan azan dengan sempurna.
3.        Dengar lafaz azan dan jawab dengan betul dan sempurna.
4.        Anda dikehendaki memperdengarkan iqamat dengan betul dan sempurna.
5.        dengar iqamat dan jawab dengan betul dan sempurna.
6.        Anda dikehendaki membaca doa selepas azan dan iqamat dengan sempurna.
PAFA 10
SOLAT FARDU
1.       (A) Sebutkan lafaz niat solat:
-          Subuh
-          Zuhur
-          Asar
-          Maghrib
-          Isyak
(B) Anda dikehendaki memperdengarkan bacaan:
-          Semasa takbiratul ihram
-          Doa iftitah
-          Al-fatihah
-          Mana-mana surah ayat lazim
-          Semasa rukuk
-          Semasa iktida
-          Semasa sujud
-          Semasa duduk antara dua sujud
-          Tahiyat awal
-          Tahiyat akhir
-          Salam
-          Doa qunut

2.       Anda dikehendaki melakukan mana-mana solat lima waktu dengan betul dan sempurna. 
PAFA 11
SOLAT JENAZAH
1.       Bagaimanakah kedudukan jenazah lelaki dan perempuan ketika hendak disolatkan?
2.       Di manakah kedudukan iman dan makmun ketika menunaikan solat jenazah lelaki dan perempuan?
3.       Tunjukan cara solat jenazah dengan betul dan sempurna.
PAFA 12
PUASA
1.       Sebutkan lafaz niat puasa Ramadan dan berikan ertinya.
2.       Nyatakan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
3.       Nyatakan hikmat puasa.
PAFA 13
ADAB TERHADAP IBU BAPA
1.       Terangkan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seseorang anak.
2.       Apakah perasaan mulia yang mesti ada pada seseorang terhadap ibu bapa?
3.       Terangkan cara-cara menghormati ibu bapa.
4.       Bagaimanakah cara mentaati ibu bapa?
5.       Bagaimanakah cara berbakti kepada ibu bapa?
6.       Anda dikehendaki memperdengarkan doa kepada ibu bapa.
7.       Nyatakan akibat menderhaka kepada ibu bapa.
PAFA 14
PERKAHWINAN
1.       Sebutkan rukun dan syarat nikah.
2.       Jelaskan hikmat perkahwinan dalam Islam
3.       Jelaskan tanggungjawab suami isteri.
4.       Terangkan cara talak berlaku dan nyatakan kesan buruk daripada perbuatan talak.
5.       Bagaimanakah penjagaan anak mengikut hukum Islam?
PAFA 15
IHSAN
1.       Apakah yang dimaksudkan dengan ihsan?
2.       Sebutkan sifat utama dalam ihsan.
3.       Nyatakan kebaikan yang didapati oleh orang yang berbuat ihsan.
4.       Apakah konsep ihsan?
5.       Nyatakan pengertian ihsan terhadap:
-          Ibadat
-          Pekerjaan
-          Diri sendiri
-          Sesama manusia
-          Binatang
-          Alam sekitar
PAFA 16
KEWAJIPAN MENUTUP AURAT
1.       Apakah hukum menutup aurat?
2.       Nyatakan had aurat bagi lelaki dan perempuan.
3.       Mengapakah kita wajib menutup aurat?
PAFA 17
BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM
1.       Apakah maksud mahram? Berikan contoh.
2.       Apakah maksud ajnabi? Berikan contoh.
3.       Terangkan kesan buruk akibat pergaulan bebas.