Khamis, 23 September 2010

Solat Hajat

Sesungguhnya banyak cara atau kafiat bagaimana mengerjakan solat hajat. Yang masyur ialah mengerjakan sehingga 12 rakaat, dibuat sebaiknya pada 3/4 malam. Ayat pertama selepas fatihah dibacai Ayat Kursi 11 kali dan ayat pada rakaat kedua surah al-iklhas sebanyak 11 kali juga. Namun boleh dibuat juga hanya dengan 2 rakaat sahaja. 

Saya sertakan satu cara yang sangat mudah untuk di amalkan.   
1. Dimulakan dengan niat : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat (imam/makmum/adaan) Kerana Allah Taala.

2. Baca dirakaat pertama selepas Al-Fatihah : Surah Al-Kafirun (Bilangan yang ganjil 7,5, 3 atau sekali) 

3. Baca dirakaat kedua selepas Al-Fatihah : Surah Al-ikhlas (Bilangan yang ganjil sama dengan jumlah pada rakaat pertama)  

4. Sembahyang selesai selepas memberi salam.  

5. Sujud sekali lagi selepas salam (Ini bukan didalam perbuatan sembahyang lagi) baca  Istighfar,  Selawat atas nabi,  Bertahmid (Subahanallah, Walhamdulillah, Wallailla haillallah, Wallahuakbar, dan  Doa Allahummarobbana a tina fiddunia.....seterusnya.   semuanya dibaca 3 kali..  kemudian baru kita memohon hajat yang diminta, boleh dibacai dengan bahasa yang kita fahami, baik melayu, iban, melanau dsb. kerana Allah amat mengetahui.   Sesudah selesai memohon hajat, bangun dari sujud. Maka selesailah sembahyang hajat dan doanya. Wallahualam. 


dipetik dari: http://www.docstoc.com/docs/7960759/Solat-Hajat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan